Kandungan sedang dimuatkan...

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗨𝗣𝗣𝗦𝗠, 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗘𝗥 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗝𝗣𝗔𝗡

07 Okt- Bahagian Pembangunan Organisasi, Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM), Jabatan Premier Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, pada Khamis (6 Okt).

Delegasi disertai oleh seramai 15 kakitangan awam yang diketuai oleh Puan Sharifah Rohana binti Datu Wan Alwi, Timbalan Pengarah UPPSM.

Lawatan kerja dimulakan dengan ucapan ringkas oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi mengalu-alukan kehadiran delegasi di Smart Library, Aras 14, Menara Kinabalu.

Seterusnya, sesi perkongsian balas antara kedua-dua jabatan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan struktur organisasi dan perjawatan.

Selain itu, rombongan diberikan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati.

Hadir sama, Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan), Puan Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hajah Sharifah Alauyah binti Syed Muhammad Shibli, Ketua Bahagian Pembangunan Organisasi, UPPSM, serta barisan pengarah bahagian JPAN.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain