Kandungan sedang dimuatkan...

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗘𝗡𝗘𝗥𝗚𝗬 𝗖𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗦 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗠𝗝

11 OKT - Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah, Sabah Energy Corporation (SEC) akan maju ke hadapan dalam meneroka potensi penuh rantaian industri gas asli di negeri ini, selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Usaha itu terbukti menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli yang termeterai antara Petronas dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) di Sabah International Convention Centre (SICC), petang tadi.

Perjanjian ditandatangani oleh Tuan Aidid Chee Tahir, Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu, Pengurusan Petroleum Malaysia bersama Tuan Adzmir Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili SEC.

Pencapaian ini sekaligus menjadikan SEC pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah yang akan terlibat memindahkan lebih daripada 250MMscfd (Million Standard Cubic Feet Per Day) gas asli ke IPP sedia ada.

Ia juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat peningkatan penyertaan GLC negeri dalam Industri minyak dan gas di Sabah.

Dalam ucapan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, Kerajaan Negeri berbesar hati dengan pemeteraian pelbagai perjanjian gas dengan Petronas kerana ia menyokong pertumbuhan industri gas hiliran di negeri ini.

Katanya, SEC akan memainkan peranan utama dalam meningkatkan penggunaan gas asli untuk kegunaan industri pembuatan dan tenaga melalui talian perpaipan gas asli yang akan diambil alih daripada Petronas bermula 1 Januari 2023.

Selain itu, SEC akan membekalkan 86 % bahan bakar bagi tujuan janakuasa di negeri ini. Teks ucapan dibacakan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan merangkap Menteri Kewangan II.

Seterusnya, berlangsung pertukaran dokumen Perjanjian Jual Beli Perniagaan Gas dan Aset antara kedua belah pihak. Berikutan kemasukan Petrochemical (PetChem) dalam enakmen SST baru-bru ini, Sabah dijangka mengutip RM2.45 Billion royalti dan SST daripada sektor minyak dan gas dalam tempoh setahun.

Petronas Chemical juga telah membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta bagi bulan Ogos tahun ini kepada kutipan SST Sabah untuk operasi Samur di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Selain itu, Memorandum Persefahaman telah termeterai antara Universiti Teknologi Petronas dengan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) yang ditandatangani oleh Professor Dr Rafiq Idris, Naib Cancelor UCSF dengan Datuk Haji Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan PETRONAS,Pelaksanaan Projek dan Teknologi merangkap Pengerusi UTP.

Menerusi pemeteraian tersebut, penubuhan cawangan UTP akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pembangunan modal insan dan keupayaan untuk menyokong sektor minyak dan gas selaras visi Sabah Maju Jaya.

Hadir sama pada majlis itu, YBhg. Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg.Datuk Dr Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, YBhg. Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta tetamu kehormat yang lain.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain