Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗨 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

18 OKT - Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Seramai 1,167 orang pesara pelbagai gred dari tahun 2019 hingga 2021 diraikan dalam majlis berkenaan yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Semasa berucap, YAB Ketua Menteri mengumumkan geran peruntukan khas sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sabah.

Inisiatif ini akan diberikan setiap tahun bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti persatuan berkenaan.

Tiga lagi inisiatif adalah tambahan Bantuan Khas Kewangan kepada pesara sebanyak RM150.00 yang akan dicarumkan dalam akaun i-Saraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan peningkatan jumlah maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari mulai tahun hadapan selaras pengumuman Perdana Menteri.

Inisiatif seterusnya iaitu penyediaan pejabat untuk pesara di beberapa daerah yang akan dikenalpasti.

Selain itu, Kerajaan telah menambahbaik kemudahan rawatan perubatan yang turut dipanjangkan untuk ibu bapa pesara berpencen dan pesara skim KWSP dan penambahan tempoh perkhidmatan faedah pesaraan secara isyarat untuk tempoh perkhidmatan kurang daripada 359 bulan atas sebab kesihatan.

Kerajaan juga meluluskan peningkatan jumlah maksimum GCR daripada 150 hari kepada 160 hari dan kebenaran penebusan awal award GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan merancang untuk mewujudkan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan penglibatan pesara kerajaan yang berkemahiran dan berkepakaran dalam penetapan, pemantauan serta penilaian keberkesanan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri.

Justeru, YAB Ketua Menteri berharap semua pesara untuk terus menyematkan semangat cintakan negara, mengekalkan sokongan dan keyakinan diri kepada pemimpin yang sedang memerintah sekaligus membantu menjayakan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong,JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk Wilfred Lingham, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Sabah dan YBrs. Rozhan Zul Azri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen JPAN merangkap Pengerusi Penganjur, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JPAN, serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPAN.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain