Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

24 Nov - Unit Pengurusan Bakat dan Prestasi, Bahagian Perkhidmatan Awam JPAN telah mengadakan Program Pemantapan Pengurusan Penilaian Prestasi Tahun 2022 selama dua hari bermula kelmarin.

Program yang berlangsung di Dewan Sri Kinabatangan, Jabatan Kerja Raya (JKR) ini disertai seramai 400 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan negeri seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan-badan berkanun (BBN).

Selain memberi taklimat mengenai pemantapan dalam pengisian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di setiap bahagian, program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan selaras dengan pelaksanaan sistem penilaian prestasi.

Berbalik kepada pengisian program, sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), diikuti Pengenalan Pengurusan Penilaian Prestasi yang disampaikan oleh En. Nazri Marin dari Unit Pengurusan Bakat dan Prestasi Bahagian Perkhidmatan Awam.

Seterusnya, sesi taklimat pertama bertajuk Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan, kemudian sesi kedua bertajuk Panduan Penyediaan Jadual Pencapaian SKT dan Ulasan Pegawai yang Dinilai (PYD) oleh pihak Urus Setia.

Sesi taklimat diakhiri dengan penerangan mengenai Dasar Pemisah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain