Kandungan sedang dimuatkan...

𝗝𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗘𝗕 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

18 Nov - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) memenangi dua anugerah pada Majlis Penutupan Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah (SOWC) Tahun 2022, petang tadi.

Dua anugerah tersebut adalah kategori Kementerian, Jabatan dan Pejabat Daerah iaitu Anugerah Most Creative Website dan 2nd Runner Up Best Designed Website dengan membawa pulang sijil penyertaan serta replika cek bernilai RM2,000.00.

Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Mini Auditorium Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) yang disempurnakan oleh Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap I KSTI mewakili YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian KSTI.

Sekadar makluman, sebanyak 118 penyertaan diterima dari pelbagai kementerian, jabatan, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan badan berkanun.

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri melalui Bahagian Governan dan Korporat selaku pihak yang mengawal selia laman web turut mencuba nasib pada pertandingan berkenaan yang telah dibuka penyertaan bermula 01 Oktober lepas.

Hadir sama pada majlis tersebut, Puan Doria Tai, Pengarah Kerajaan Digital mewakili YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain