Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Majlis Amanat YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Negeri Sabah telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin.

YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim telah menyampaikan amanat kepada lebih 6,000 anggota perkhidmatan awam secara fizikal, manakala 2,000 penjawat awam secara dalam talian.

Majlis Amanat bersama YAB Perdana Menteri yang julung kali diadakan ini juga disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan saluran Youtube rasmi Kerajaan Negeri Sabah.

Hadir menyerikan majlis, Isteri YAB Perdana Menteri, YABhg. Datin Seri Panglima Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail serta YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama Isteri YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Majlis diadakan sebagai wadah memupuk semangat berpasukan perkhidmatan awam dan kebersamaan anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan yang komited untuk membangunkan dan memajukan negeri Sabah dengan visi dan misi yang sama.

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan Replika Cek Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Turkiye- Syria berjumlah RM 300,000.00 yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan kepada YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), sambil disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Ahli Jemaah Menteri Negeri dan Menteri Persekutuan dari Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Timbalan-Timbalan Speaker dan Pembantu-Pembantu Menteri Negeri Sabah, Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dan lain-lain.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain