Objektif adalah untuk memberikan kesedaran mengenai kanser kepada penjawat awam khususnya di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN), taklimat ini juga telah dihadiri oleh 65 orang kakitangan JPAN yang mewakili setiap bahagian.
MAKNA menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan, kepada pesakit kanser di seluruh negara.
Turut hadir, Puan Rosnih Othman, Pengarah Bahagian Sektretariat Sabah Maju Jaya.
Untuk makluman, MAKNA juga menawarkan inisiatif sukarelawan yang membolehkan anda memilih sama ada untuk berkongsi masa, tenaga atau kepakaran anda dengan kumpulan sasaran yang memerlukan bantuan.
Sukarelawan diberi peluang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, iaitu pesakit kanser dan keluarga mereka. Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh mendaftar di pautan ini https://mymakna.org.my/volunteer/selectVolFormLang


