Kandungan sedang dimuatkan...

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝗣𝗖) 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗬𝗔

15 MEI- Sekretariat GRP Sabah (Bahagian Prestasi Agensi Awam) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya telah membuat kunjungan kehormat ke ibu pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Petaling jaya pada 10 Mei lalu.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk menanda aras kaedah pelaksanaan PEMUDAH yang diurus setiakan oleh MPC dan Kementerian Ekonomi, memperkukuhkan jaringan aliran kerja di peringkat nasional dan juga Kerajaan Negeri, serta meningkatkan kemahiran dan pendedahan anggota Sekretariat Pemudahcara SMJ sebelum diwujudkan secara tetap.

Perkongsian dan perbincangan mengenai GRP dan PEMUDAH disampaikan oleh En.Mohammed Alamin Rehan , Pengarah Seksyen Daya Saing Nasional MPC.
 
Untuk makluman, PemudahCara SMJ telah dilancarkan pada 17 April 2023 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli panel telah dilantik.

Sekretariat kepada Pemudahcara SMJ ialah Sekretariat GRP Sabah dan Sekretariat Sabah Maju Jaya yang dilaksanakan secara ad-hoc.

Inisatif PEMUDAH di peringkat nasional telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi untuk memperkukuhkan pelaksanaan PEMUDAH di semua Kementerian dan Agensi Persekutuan.
 
Rombongan diketuai oleh Tuan Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, disertai oleh Puan Rosnih binti Othman, Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya dan beberapa pegawai daripada Sekretariat GRP Sabah, Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Bahagian Governan dan Korporat.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain