Kandungan sedang dimuatkan...

𝗬𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗦𝗿. 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗦𝗔𝗙𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗢𝗡𝗚, 𝗝𝗣, 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗬𝗕𝗛𝗚. 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗗𝗿. 𝗭𝗨𝗟𝗞𝗔𝗣𝗟𝗜 𝗕𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗, 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗝𝗣𝗔)

17 MEI- YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri telah melakukan kunjugan hormat ke atas YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Isnin (15 Mei).

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah selain memperkukuhkan kerjasama strategik diantara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dengan JPA.

Turut bersama dalam kunjungan ini rombongan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri; Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan); Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan); Puan Aida Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan; dan Puan Diana Daria Amit, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi.

Hadir sama YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan); YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); YB. Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain