Kandungan sedang dimuatkan...

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗔𝗗𝗨𝗡) 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗨 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗢𝗥𝗜𝗨𝗠, 𝗔𝗥𝗔𝗦 𝟯, 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Satu sesi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu elektrik dan air di Sabah telah diadakan di Auditorium, Aras 3, Bangunan DUN Sabah petang tadi.

Taklimat dibuat bagi memberi serba sedikit input terkini berkaitan masalah gangguan tenaga elektrik dan bekalan air ketika ini.

Taklmat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Baharuhom Sogon, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan YBrs. Tuan Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Turut bersama dalam sesi tersebut, YB Datuk Seri Panglima Ir Shahelmy Yahya, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya dan ADUN Keramat, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan YB Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah.


Sekian, terima kasih.

Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain