Kandungan sedang dimuatkan...

𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞, 𝗚𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗗𝗜 𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗟𝗘𝗨𝗠 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗡𝗧𝗥𝗘 (𝗞𝗧𝗖)

YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah hadir merasmikan Seminar Industri Minyak, Gas Dan Tenaga Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1/2023 di Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) pada Selasa (6 Jun).

Seminar yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan PETRONAS Sabah & Labuan yang bertujuan untuk memberi sudut pandangan berbeza kepada peserta.

Antara pengisian termasuklah perkongsian berkenaan peralihan sumber tenaga dalam industri minyak dan gas serta bertukar pandangan diantara pegawai perkhidmatan awam negeri dan Petronas.

Delegasi dan peserta seterusnya dibawa melawat Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) dan Kimanis Power Plant (KPP) untuk melihat sendiri operasi di dalam industri tersebut.

Peserta seminar terdiri daripada 25 orang pegawai Pengurusan dan Profesional dari pelbagai Kementerian, Jabatan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri.

Turut hadir YBrs. Encik Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) dan Puan Rosnih binti Othman, Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya.


Sekian, terima kasih

Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain