Dihadiri seramai 60 orang peserta, program tersebut telah diadakan di Dewan Sri Kinabatangan, Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengisian program dimulakan dengan Goal Setting, Ice breaking dan Group Division. Seterusnya Introduction on 5R (Relationship, Responsibility, Respond, Respect & Reliability).
Manakala pengisian pada sebelah petang (sukan) pula ialah bowling botol, sarung berantai, kumpul straw dalam botol, kumpul bola dalam bakul dan barisan terpanjang.
Antara objektif pelaksanaan MSPA ialah, untuk mengeratkan jalinan kerjasama (Networking) dalam kalangan setiausaha daripada sektor awam dan swasta.
Selain itu, menambah ilmu pengetahuan dan jati diri melalui seminar yang diadakan serta membudayakan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai setiausaha.
Sekaligus, memupuk sikap prihatin dan penyayang kepada masyarakat melalui aktiviti kerja amal dan juga menghargai jasa serta bakti para setiausaha melalui Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
Untuk makluman, program seterusnya akan berlangsung pada 1 dan 2 Julai 2023 bertempat di Ranau dan penutup program pula pada 7 Julai 2023.


