𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗧𝗥𝗢𝗗𝗨𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗧𝗢 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜𝗔𝗟 𝟰.𝟬 𝗙𝗢𝗥 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗬 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗥𝗡𝗜𝗦𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗕𝗔 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘 𝗢𝗙 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗖𝗖𝗔, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Kursus yang berlangsung selama 5 hari itu dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 13 jabatan merangkumi gred 11 sehingga 26.
Perasmian pembukaan kursus pada 13 Jun 2023 (selasa) telah dirasmikan oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan).
Kursus ini direka khas untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendedahan berkaitan perubahan teknologi yang terkandung dalam IR 4.0.
Melalui kursus ini, peserta akan memperoleh pemahaman yang lebih jelas dan tepat berkenaan trend utama, teknologi dan aplikasi yang terkandung dalam IR 4.0 sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian.
Antara matlamat penganjuran kursus ialah Pemahaman umum tentang Transformasi Digital dan konsep IR 4.0, Mengetahui trend terkini teknologi dalam IR 4.0.
Selain itu, Pendedahan tentang manfaat teknologi IR 4.0 dalam pelbagai sektor, mengenal pasti keberkesanan teknologi IR 4.0 dalam pekerjaan harian dan meningkatkan nilai tambah bagi memastikan keselamatan dan menambahbaik kecekapan pekerja sejajar dengan perubahan Industrial 4.0.
Serta, Mengenal pasti aplikasi khusus dan impak perniagaan yang mampu disumbangkan oleh elemen-elemen teknologi Industrial 4.0 dalam pelbagai sektor perindustrian di Sabah (pembuatan, hospitaliti, perubatan, minyak sawit, pertanian, minyak dan gas).
Sebanyak 4 modul yang telah dibentangkan pada para peserta iaitu:
Modul 1 - Latest Trend of Technologies Being Applied to Modernise Industries and Daily Job Activities
Modul 2 - Overview of Useful Technologies with Examples for Better Concept Understanding and Awareness in Personal Life, Daily Work and Industry
Modul 3 - Specific Applications and Business Impacts of Technology Elements to be Implemented to Various Sabah Industrial Sectors (Manufacturing, Hospitality, Medical, Palm Oil, Agriculture, Oil & Gas) to Worker’s Personal Life and Daily Work
Modul 4 - Adapting and Thriving in the Era of Industrial 4.0
Bagi penutup kursus pula telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yassin Bin Ibrahim, Pengarah INSAN pada 16 Jun 2023 (jumaat).


