Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗥𝗜𝗢𝗧 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟

YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Setinggan Negeri Sabah di Marriot Hotel pada pagi Isnin (19 Jun).

Mesyuarat telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Eksekutif dan Pegawai Penguatkuasaan dari pelbagai Kementerian, Jabatan, Pejabat dan Majlis Daerah seluruh Sabah serta agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Mesyuarat ini berperanan dalam menyelaras, memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap inisiatif yang dirangka dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Pada sebelah petang, YBhg. Datuk KPPAN menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu.

Dua Timbalan Speaker DUN Sabah yang baharu dilantik YB Datuk Al-Hambra Tun Juhar, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar dan YB Datuk Richard Yong We Kong, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah telah mengangkat sumpah jawatan dihadapan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.


Sekian, terima kasih.


Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain