Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 (𝗖𝗦𝗥) 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗠𝗦𝗣𝗔)

5 JUL - Institut Latihan Awam Negeri (INSAN) dengan kerjasama daripada Persatuan Setiausaha Negeri Sabah (SSS) dan Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) menganjurkan Program khidmat Masyarakat (CSR) sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam (MSPA), pada 1-2 Julai 2023 di Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Kg. Silad Ranau. Program ini menyantuni seramai 49 orang anak yatim dan asnaf serta 5 orang kakitangan bertugas di rumah berkenaan.

Selaras dengan objektif penganjuran program ini yakni memupuk perasaan muhibbah dan bertimbang rasa antara Setiausaha Pejabat terhadap komuniti disamping mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan semangat kerja berpasukan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara maka pelbagai aktiviti dilaksanakan ketika program berkenaan berlangsung.

Aktiviti yang dilakukan ialah bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman seperti asrama lelaki, asrama perempuan, surau, dewan makan, tandas, tempat mandi dan lain-lain. Program ini juga diisi dengan ceramah motivasi yang bertajuk Pembentukan akhlak dan sahsiah remaja oleh penceramah jemputan iaitu Encik Norhasdie Hassan serta pemberian sumbangan berbentuk keperluan asas, wang tunai dan lain-lain.

Antara sumbangan yang diberikan oleh SAS ialah, wang tunai berjumlah RM1,650 hasil kutipan dari ahli-ahli SAS, baju-baju terpakai, goodies untuk anak-anak, 8 pasang kain sarung untuk lelaki dan wanita.

Manakala daripada SSS pula ialah, Tong Gas, Dapur gas, Rice cooker (10kg), 50 set peralatan sekolah seperti beg, buku dan alat tulis serta Wang tunai bernilai RM500. Disamping itu, Tuan Mohd Yassin bin Ibrahim Pengarah INSAN turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan seperti beras, minyak masak dan makanan kering yang disumbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah selain beberapa sumbangan peribadi daripada kakitangan INSAN sendiri.

Pengusaha Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Ustaz Haimin mengalu-alukan kehadiran INSAN dan rakan kolaborasinya dan mengucapkan terima kasih kerana memilih rumah berkenaan sebagai lokasi pelaksanaan program CSR.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain