Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Antara pengisian majlis tersebut adalah bacaan ayat suci Al-Quran, selawat secara beramai dan ceramah khas Maโal Hijrah yang disampaikan oleh Habib Nael Bin Taher, Pemimpin Majlis Rasulullah Malaysia serta pengumuman Tokoh Maโal Hijrah 1445H/2023M selain dari anugerah khas dan pemenang pertandingan keindahan Taman Perkuburan Ar Raudah dan pertandingan Surau Tercantik Kompleks Beli Belah dan Institusi.
Tokoh Maโal Hijrah bagi tahun ini dianugerahkan kepada mantan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), YBhg. Datuk Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad.
Hadir sama, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan isteri YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag; YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan isteri; YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri; Menteri-Menteri dan Timbalan Ketua Menteri; Ketua Ketua Jabatan Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
YBrs. Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah turut hadir bagi mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin Pejabat Direktorat JPANS


