Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) yang juga merupakan penyelaras GRP Sabah. Turut hadir, Puan Rosnih Othman, Pengarah Sektretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ). Taklimat disampaikan oleh Dr. Zulasri Pitting, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Prestasi Agensi Awam.
Antara ahli panel PemudahCara SMJ yang hadir pada Sesi Pre-Council tersebut ialah Federation of Malaysia Manufacturers Sabah Representative Office (FMM Sabah Branch), Federation of Sabah Industries, SME Association of Sabah, Dewan Usahawan Melayu Sabah (DEUMESA), Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI), Sabah Professional Council, Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry (KCCI),Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu, Gabungan Persatuan Cina Sabah, Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA) dan Sabah Young Entrepreneurs and Professionals (SAYAP).
Sesi Pre-Council telah berlangsung dengan jayanya dimana pelbagai perkara telah dibincangkan dan beberapa input penting telah diperolehi hasil daripada perbincangan pihak sekretariat bersama dengan ahli panel PemudahCara bagi memastikan aspirasi kerajaan negeri dalam memacu Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 2021 - 2025 berjaya dicapai sekaligus merealisasikan prinsip mesra pelabur dan "Ease and speed in doing business" yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.
Sekian, terima kasih.


