Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗖𝗼𝗿𝗿𝘂𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗹𝗮𝗻 (𝗔𝗖𝗔𝗦𝗔) 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗦𝗔𝗙𝗢𝗗𝗔)

YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Anti Corruption Action Plan (ACASA) Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) bertempat di Raia Hotel, pagi tadi.

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hamild @ Hamid Hj Awang, Pengerusi SAFODA.

Dalam majlis itu juga, turut disempurnakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatangani IBR yang disaksikan oleh Tuan Alexandre S.Kunghi, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Turut hadir, Tuan Bahrul Reza Hj Chuprat, Pengurus Besar SAFODA, Puan Misnam Binti Keliwon, Ketua Unit Integriti SAFODA, Tuan Mohd Asril Bin Sharil, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah).

Sambutan hari lahir YBhg. Datuk KPPAN turut diraikan selepas majlis pelancaran dibuat. Datuk KPPAN yang juga Ahli Lembaga Pengarah SAFODA menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 pada hari ini.


Sekian, terima kasih.


Laporan dan foto disediakan oleh
Mohd Adam Eussoffefuddin Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain