Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗞𝗣𝗣𝗔𝗡) 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗻𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) kepada YBhg. Datuk Zainudin bin Aman oleh mantan KPPAN, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, telah diadakan di Smart Library JPANS, Aras 14, pagi hari ini.

Selesai majlis penyerahan, YBhg. Datuk KPPAN dan Datuk (Datu) Rosmadi serta seluruh warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menikmati jamuan makan tengah hari di Bilik REKA, Aras 12.

Pada sebelah petang, YBhg. Datuk KPPAN mengadakan lawatan dan berkenalan dengan kakitangan semua bahagian sebelum mengadakan perjumpaan bersama pengarah-pengarah bahagian berkenaan fungsi bahagian masing-masing di Bilik Mesyuarat Utama JPANS di Aras 14.


Sekian, terima kasih.


Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain