Kursus anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) yang dihadiri seramai 21 orang ADUN ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Kadzim Haji M Yahya, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah yang mewakili Ketua Menteri.
Tiga modul utama kursus telah disampaikan oleh penceramah Encik Ben Uzair iaitu Protokol dan Etiket Dalam Majlis; Etiket Keterampilan Diri Dalam Majlis; dan Etiket Sosial di Meja Makan.
Sejurus selesai menghadiri perasmian, YBhg. Datuk KPPAN menerima Kunjungan Hormat dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Bilik Mesyuarat Utama JPANS, Aras 14, Menara Kinabalu.
Diketuai oleh Ketua Pengarah MYSA, YBrs Tuan Haji Azlimamil bin Napiah bersama beberapa pegawai MYSA dan turut dihadiri oleh Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1, dan Puan Musleha Khairunisa binti Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah serta YBrs Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPANS.
Pada sebelah petang, YBhg Datuk KPPAN mengadakan Kunjungan Hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, Aras 32, Menara Kinabalu.
Akhir sekali, YBhg Datuk KPPAN menjadi speaker pembentangan pada International Conferences On Public Organization (ICONPO XII) yang diadakan bertempat di Pacific Sutera.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


