Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝘃𝗶𝗻𝗮𝗹 𝗠𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗠𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗨𝗠𝗦)

Assalamulaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.


Tuan/Puan,

YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menghadiri Majlis Perasmian Karvinal Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) petang hari ini (24 Ogos).

Karnival selama tiga hari bermula hari ini merupakan anjuran kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), serta UMS selaku tuan rumah pameran.

YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah hadir merasmikan majlis tersebut bagi mewakili Ketua Menteri.

Turut hadir YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri MOSTI; YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS; YBhg. Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap KSTI serta beberapa dif jemputan yang lain.


Sekian, terima kasih


Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain