Tuan/Puan,
YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Maharuddin Yang Di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu pagi tadi.
Kunjungan ada bertujuan bagi memperkenankan kepada TYT penerimaaan Biasiswa Anugerah TYT oleh lima pelajar cemerlang di negeri ini.
Pelajar cemerlang yang terpilih ialah Ezra Audrey Aizee Muhamad Nureeh; Muhammad Luqman Hakiem Mustal ; Nur Aina Latifah Umar; Jason Gubeen Sapikit; dan Zachery Xavier Yu Ket Yin.
Turut hadir, YBhg. Datuk Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, YBrs. Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa pegawai dari BKNS serta ibu bapa pelajar.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


