Kandungan sedang dimuatkan...

𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 (𝗣𝗧𝗠) 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶, 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗿𝘂𝗱𝘂

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

31 OGOS - Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah menganjurkan taklimat keperluan peperiksaan perkhidmatan awam dan program transformasi minda (PTM) di Dewan Komuniti, Kota Marudu, semalam (30 Ogos).

Seramai 150 orang penjawat awam merangkumi gred 11 sehingga 41 dari pelbagai jabatan/agensi di daerah Kota Marudu telah menghadiri program tersebut.

Turut hadir, Encik Marshall Anthony Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Puan Tinah Maralin Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Kota Marudu.

Antara objektif penganjuran program ialah, untuk memberi maklumat mengenai peperiksaan dan PTM kepada pegawai-pegawai / kakitangan gred pelaksana di daerah agar tidak ada yang tercicir sama ada mengikuti PTM ataupun yang ingin menduduki peperiksaan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendapatkan feedback / maklum balas dan maklumat daripada pegawai-pegawai / kakitangan gred pelaksana di daerah tentang masalah peperiksaan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain