Kandungan sedang dimuatkan...

𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝘆𝗮, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝘂𝗮𝗱 𝗦𝘁𝗲𝗽𝗵𝗲𝗻𝘀

Assalamulaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.


Tuan/Puan,

YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Sabah di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, pagi tadi.

Sebanyak 114 kontinjen dan 28 pelbagai jenis kenderaan menyertai perbarisan serta perarakan yang turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk RM Jasni.

Sambutan juga turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor serta isteri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Menteri-menteri dan Pembantu Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


Sekian, terima kasih.


Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain