Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 (𝗖𝗲𝗹𝗢)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

11 SEP - Majlis Perasmian Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) siri 36 Bilangan 3 Tahun 2023 Kerajaan Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 September 2023, lepas.

Majlis yang diadakan di Lintasan Deasoka, Gaya Street itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut hadir dan melawat reruai pameran, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Manakala program Bual Santai pada waktu pagi (tarikh yang sama) dengan tajuk Misompuru Tokou: Penyampaian Perkhidmatan Berintegriti , Rakyat Senang Hati, telah dihadiri oleh Tuan Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan selaku Panel 2.

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) dan Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) turut serta dalam pameran tersebut.

Untuk makluman, program ini merupakan anjuran bersama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Pegawai Integriti Bertauliah Siri 36 Tahun 2023.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain