14 SEP - Program Digital Sabah Connect 2023 anjuran Bahagian Kerajaan Digital telah berlangsung dengan jayanya, di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu, tadi.
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah menghadiri dan merasmikan program tersebut.
Program ini bertujuan untuk melancarkan secara rasminya sistem ePP 2.1, dan juga memperkenalkan konsep Sabah SuperApp, sejajar dengan agenda pendigitalan yang dikemukan oleh Ybhg Datuk SKN sendiri dalam amanatnya.
Sistem ePP 2.1 merupakan platform yang akan mempermudahkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur demi kesejahteraan masyarakat tempatan.
Manakala penyampaian konsep Sabah SuperApp bertujuan untuk memperkenalkan satu penyelesaian bersepadu yang akan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk kebaikan semua warga penduduk, pelawat, dan perniaga di Sabah. Salah satu aplikasi perintis dalam Sabah SuperApp ini adalah SabahTAMU, yang telah dibangunkan khas untuk peniaga tempatan bagi mempromosikan penjualan barangan mereka.
Turut hadir adalah Datuk Norasiah Binti Muhammad Yusuf, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tuan Sapdin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (tugas-tugas khas) dan Datuk Dr Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Turut sama memeriahkan majlis ini juga adalah pihak-pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pejabat daerah, dan juga pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga yang mewakili Dewan Perniagaan Sabah.
Penyampaian sijil penghargaan juga telah diberikan kepada agensi-agensi teknikal yang telah menyumbang kepada pembangunan sistem ePP 2.1
Pada program ini juga turut diadakan pameran-pameran dan sesi ceramah untuk memberi kesedaran tentang kebaikan sistem dan aplikasi ini kepada kerajaan dan orang awam.
Sekian, terima kasih.


