Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡: 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗢𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝗮𝗱𝘂 (𝗧𝗨𝗕𝗘)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

18 SEP - Program Latihan INSAN: Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu (TUBE) telah berlangsung dengan jayanya di Bandung, Indonesia pada 02-06 September 2023.

Objektif program adalah memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi, memberi tunjuk ajar cara-cara mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi menggunakan pendekatan TUBE dan pendedahan tentang strategi dan pelan tindakan dalam membentuk sebuah organisasi dengan menjadikan Bandung sebagai salah satu contoh bandar pintar (Smart City) di Indonesia yang maju dalam pengurusan pentadbiran dalam organisasi.

YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menghadiri program tersebut bagi melihat sendiri Bandung Command Center (BCC) yang terletak di Balai Kota Bandung. Puan Mary binti Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Aminah binti Jikor, Ketua Penolong Pengarah INSAN turut menyertai program ini bersama dengan lapan (8) lagi pegawai awam daripada pelbagai agensi negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Laporan dan Foto disediakan oleh,
Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN)
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain