Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗝𝗮𝘀𝗮𝗺𝘂 𝗗𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗠𝗝𝗗) 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗭𝗼𝗻 𝗧𝗮𝘄𝗮𝘂 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

29 SEP - Majlis Jasamu Dikenang (MJD) Peringkat Negeri Zon Tawau Tahun 2023 anjuran Bahagian Saraan dan Pencen (BS&P) telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2023, lepas.

Bertempat di Borneo Royale Hotel, Tawau, majlis ini dihadiri seramai lebih 101 orang pesara tahun 2019 sehingga 2021 dari seluruh daerah Tawau.

Majlis yang berlangsung bermula 7 pagi sehingga 12 tengah hari itu, telah dirasmikan oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) sekaligus menyampaikan sijil bersama-sama Encik Rozhan Zul Azri Talikop, Pengarah BS&P kepada semua pesara yang diraihkan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain