Tuan/Puan,
Seramai 12,000 orang dari 112 kontinjen pelbagai kementerian Persekutuan dan negeri, jabatan, agensi swasta, persatuan, sekolah rendah, sekolah menengah dan komuniti berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M hari ini.
Kontinjen mula berarak seawal jam 7.30 pagi bermula dari Padang Merdeka dan berjalan ke Sabah International Convention Centre (SICC) bagi Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M.
Mengetuai perarakan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni diiringi YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.
Turut mengiringi, YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, jemaah kabinet negeri, ketua jabatan negeri dan persekutuan.
YBhg. Datuk Haji Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah turut menyertai perarakan bersama sejauh 2.4 kilometer itu menuju ke SICC.
Persatuan Badan Kebajikan Islam (PBKI) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri juga turut menyertai perarakan membabitkan lebih 20 ahli PBKI yang turut dihadiri oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan), Puan Diana Daria Amit, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam.
Pada majlis perhimpunan tersebut, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti bin Wakiman diumumkan penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW bagi kategori lelaki. Manakala, mantan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YB Datuk Dr Rose Nani binti Mudin diumum sebagai penerima anugerah sama bagi kategori wanita.
Sekian, terima kasih
Laporan dan foto oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS, Bahagian Governan dan Korporat JPANS, serta Pejabat Media dan Komunikasi JKM


