Kandungan sedang dimuatkan...

𝗝𝗣𝗔𝗡𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 '𝗛𝗨𝗔𝗪𝗘𝗜 𝗖𝗢𝗡𝗡𝗘𝗖𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟯'

JPANS SERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA 'HUAWEI CONNECT 2023'

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) mengorak langkah menyertai Persidangan Antarabangsa ' Huawei Connect 2023' di Shanghai, China bermula Rabu (20 Sept) lepas.

Konferensi anjuran syarikat teknologi gergasi Negara China bertemakan "Accelerate Intelligence" itu berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari pelbagai industri seperti perniagaan, teknologi, hartanah, serta pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Peluang keemasan ini menjadi titik tolak Kerajaan Negeri Sabah melalui JPANS untuk meneroka peluang baharu dalam era teknologi maklumat khususnya teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (Al).

JPANS diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman diiringi Pengarah Kerajaan Digital Doria Tai Yun Tyng serta pegawai-pegawai dari Bahagian Kerajaan Digital mengalas tanggungjawab menimba pengetahuan daripada syarikat tersebut menerusi perkongsian pembentangan dan pameran selama tiga hari.

Pelbagai intipati diperoleh khususnya dalam memacu teknologi maklumat dan komunikasi ke hadapan yang akan memberi manfaat besar kepada semua industri elit bagi memenuhi keperluan semasa.

Selain itu, konferensi tersebut mengetengahkan strategi transformasi baharu yang lebih pantas, cekap dan sistematik di semua industri elit dan pihak berkepentingan demi memenuhi keperluan semasa.

Dalam pada itu, JPANS turut berpeluang duduk berbincang di meja bulat bersama President Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, Nicholas Ma untuk berkongsi idea mengenai perancangan awal Huawei dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang sedia ada.

Pada hari berikutnya (25 Sept 2023), JPANS juga mengadakan lawatan teknikal ke Huawei Smart Campus bagi membincangkan Hybrid Cloud Services bersama Pengarah Huawei Cloud APAC Roy Chen Qi.

Seterusnya, pada 26 September 2023 mengadakan lawatan teknikal ke Longgang Command Centre. Intipati lawatan merangkumi penyampaian perkhidmatan seperti sinergi kemudahan dalam perkakasan, perisian, peranti, rangkaian dan lain-lain yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan, selain memberi kebolehpercayaan dari aspek keselamatan maklumat digital merentasi lapisan industri.

Sekian, terima kasih
Laporan dan foto disediakan oleh Bahagian Kerajaan Digital

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain