Tuan/Puan,
YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Kolej Teknologi Yayasan Sabah bersama rakan strategik KTYS, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU) di pejabat Direktorat, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Aras 14, Menara Kinabalu, hari ini.
Kunjungan diketuai YBrs Tuan Haji Samin bin Haji Ongki selaku Ketua Eksekutif KTYS bersama Profesor Dato’ Sr. Dr. Omar Osman, Naib Canselor, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia; Prof. Ts. Mohd Azam Musa, Ketua Kanan TVET DHU; Puan Suhaida Sulaiman, pensyarah di DHU; serta Puan Noor Farhah binti Abdul Ajak, Pembantu Eksekutif KTYS.
Kunjungan ini bertujuan untuk menbincangkan cadangan dan peluang kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah melalui KTYS dan DHU demi meningkatkan peluang ekonomi dan peningkatan kualiti modal insan di negeri Sabah melalui pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan.
Turut hadir, Puan Josephine Catherine Jomiu @ Nur Fatihah Jasmine Jomiu Abdul, Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa Negeri.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin Pejabat Direktorat JPANS


