Tuan/Puan,
YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menghadiri Program Wacana Madani bersama YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak) yang diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 26, Menara Kinabalu pagi tadi.
Perkongsian YB Menteri bertajuk “MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Sarawak” ini melibatkan lebih 200 orang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri merupakan satu platform libat urus antara Menteri bersama penjawat awam bagi menjelaskan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 63 (MA63).
Turut hadir, YBhg. Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak; serta YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih
Laporan dan foto oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


