Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗙𝗮𝗺𝗶𝗹𝗶𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟭 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Bahagian Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Program Familiarisasi Perkhidmatan Awam Siri 1 Tahun 2023 pada 02-05 Oktober 2023 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan 12-14 Oktober 2023 bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana. Program dihadiri seramai 33 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional, dan 137 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan baharu tahun 2022. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pengenalan dan kefahaman tentang profesionalisme penjawat awam negeri Sabah.

Program ini diisi dengan kursus ceramah yang memberi pengenalan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai baharu untuk meningkatkan nilai budaya kerja cemerlang, penerapan integriti dan pengurusan sahsiah kendiri. Sesi ceramah juga turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Bin Haji M. Yahya speaker Dewan Undang Negeri yang turut memberi perkongsian ilmu mengenai Fungsi Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, program ini juga turut diisi dengan kursus budaya kerja berpasukan dan jati diri (teambuilding) yang telah diadakan di Outward Bound Sabah (OBS) Kinarut bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional, dan Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran bagi pegawai Kumpulan Pelaksana bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang mahir, kreatif, berinovasi, berdaya saing dan peka dengan keperluan jabatan/kementerian.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain