20 OKT- Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah menganjurkan Kursus Transfomasi Pembantu Tadbir Cemerlang pada 2-4 Oktober 2023 bertempat di Mozart Hotel, Kudat. Program ini menyantuni seramai 30 orang Pembantu Tadbir dari seluruh agensi di Sabah.
Objektif penganjuran program ialah peserta dapat menyatakan definisi, kepentingan nilai, etika dan rasional dalam perkhidmatan awam.
Selain itu, pendedahan asas berkaitan dengan teras perkhidmatan, nilai utama, sikap, amalan dan budaya untuk mengenalpasti mutu perkhidmatan yang tinggi.
Aktiviti yang dilakukan ialah perbincangan dan pembentangan kumpulan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Muneswaran Ramasamy.
Pada hari ketiga, lawatan telah diadakan ke Kim Men Seafood Supplier and Aquaculture, Kudat.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh - INSAN


