Kandungan sedang dimuatkan...

𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗲𝗿/𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴

6 NOV - Institusi Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan buat julung kalinya menganjurkan Kursus Pengukuhan Liasion Officer/Pegawai pengiring bermula 2 November sehingga 3 November 2023.

Bahagian Governan dan Korporat (GnK) telah dijemput sebagai Penceramah dan Fasilitator sepanjang program 2 hari tersebut berlangsung.

Objektif penganjuran program ialah bagi mempersiapkan pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan untuk menjadi Liaison Officer (LO) di samping memberi pendedahan mengenai peranan, tugasan dan senarai semak sebagai LO.

Penglibatan seramai 38 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W. P. Labuan, Penjara Tawau, Penjara Lahad Datu, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pusat Koreksional Labuan, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney, Keningau, Penjara Sandakan dan Pusat Reintegrasi Penghuni, Tuaran.

Acara penutupan, penyerahan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Penguasa Penjara Tuan Roy Anak Martin (Ketua Bahagian Kepenjaraan & Koreksional Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W. P. Labuan.

Bahagian Governan dan Korporat diwakili oleh Penceramah Puan Dayang Hania Rafei, fasilitator Encik Radzif Ismail, Puan Nur Azirah Mohammad Azwan, Encik Nashrul Ibrahim, Encik Walter D. C sakandar dan Encik Arshazri Maldunah.

Program ini juga telah diterbitkan dalam akhbar Utusan Borneo pada 5 November 2023 dan di laman sesawang UB, boleh dibaca pada pautan ini https://www.utusanborneo.com.my/2023/11/05/institusi-penjara-anjur-kursus-pengukuhan-pegawai-pengiring

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain