Kandungan sedang dimuatkan...

𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗙𝗮𝗺𝗶𝗹𝗶𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya & Salam Malaysia Madani.


Tuan/puan,

Bahagian Perkhidmatan Awam telah mengajurkan Program Familiarisasi Perkhidmatan Awam Siri 2 Tahun 2023 pada 09-11 November 2023 bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana.

Program dihadiri seramai 136 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan baharu tahun 2022.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pengenalan dan kefahaman tentang profesionalisme penjawat awam negeri Sabah.

Program ini diisi dengan kursus ceramah yang memberi pengenalan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai baharu untuk meningkatkan nilai budaya kerja cemerlang, penerapan integriti dan pengurusan sahsiah kendiri.

Selain itu, program ini juga turut diisi dengan kursus budaya kerja berpasukan dan jati diri (teambuilding) yang telah diadakan di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang mahir, kreatif, berinovasi, berdaya saing dan peka dengan keperluan jabatan/kementerian.


Sekian, terima kasih.

Laporan/Foto oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat & Bahagian Governan dan Korporat, JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain