Kandungan sedang dimuatkan...

𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻

22 NOV- Lawatan kerja rasmi Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, serta Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar ke Pejabat Daerah Paitan telah diadakan pada 17 November 2023.

Lawatan tersebut juga dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk James Ratib yang merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN N39 Sugut.

Sebelum lawatan tapak dimulakan, satu sesi pembentangan telah diadakan mengenai perancangan masa depan serta potensi ekonomi PDK Paitan oleh Encik Jonoling Joe Majambu, Penolong Pegawai Daerah PDK Paitan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain