Kandungan sedang dimuatkan...

𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗸𝗲 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗶𝗻𝗳𝗼𝗿𝗲𝘀𝘁 𝗗𝗶𝘀𝗰𝗼𝘃𝗲𝗿𝘆 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗥𝗗𝗖) 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗼𝗿𝗲𝘀𝘁 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗮𝗿𝗰𝗵 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗙𝗥𝗖) 𝗦𝗲𝗽𝗶𝗹𝗼𝗸, 𝗦𝗮𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻

22 NOV- Sesi lawatan rasmi JPAN diteruskan ke Jabatan Perhutanan untuk melawat Rainforest Discovery Centre (RDC) dan Forest Research Centre (FRC) Sepilok, Sandakan bagi melihat kajian yang dijalankan di makmal FRC Scientific Reference Collection dan FRC Scientific Laboratories & Workshop disamping mendengar isu-isu dan cabaran serta keperluan-keperluan berkaitan perjawatan pada 19 November 2023.

Sesi lawatan turut dihadiri oleh Dr. Robert Ong Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan & Pembangunan)/ Ketua Pusat Penyelidikan Perhutanan, Dr Arthur Chung Yaw Chyang, Timbalan Ketua Pusat (Penyelidikan & Pembangunan), Encik Indra P.H. Sunjoto, Penolong Kanan Ketua Konservator Hutan beserta pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain