Kandungan sedang dimuatkan...

𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗣𝗦𝗝𝗣𝗔𝗡𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟰-𝟮𝟬𝟮𝟲

23 NOV - Bengkel Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PSJPANS) 2024-2026 anjuran Bahagian Governan dan Korporat telah berlangsung dengan jayanya bermula 20 November sehingga 23 November 2023, tadi.

Bengkel yang julung kali diadakan ini melibatkan seramai 63 orang termasuk urus setia, dan dimulakan dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) pada 20 November 2023 yang juga turut hadir sepanjang 4 hari bengkel ini berlangsung.

Bengkel PSJPANS merupakan platform rasmi perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan rakan strategik dalam penyediaan pelan yang memenuhi aspirasi kesemua pihak berkepentingan dan pemegang taruh.
 
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahami kedudukan struktur organisasi, mengenalpasti dan membangunkan visi, misi, nilai bersama, pilihan-pilihan teras strategik dan pelan tindakan serta memupuk semangat  berpasukan dan kebersamaan dalam kalangan pegawai JPAN yang komited bekerjasama bagi memajukan serta membangunkan negeri Sabah dengan visi dan misi yang sama.

Pada hari kedua dan ketiga bengkel, para peserta diagihkan kepada 5 kumpulan mengikut teras iaitu Pengurusan Prestasi Tinggi (Kumpulan 1), Perkhidmatan Digital Menyeluruh (Kumpulan 2), Pembangunan Modal Insan Kalis Masa (Kumpulan 3), Pengukuhan Kerjaya (Kumpulan 4) dan Memperkukuh Kesejahteraan Penjawat Awam (Kumpulan 5) dan diketuai oleh 3 orang fasilitator iaitu Encik Mokhzani Aris Mohd Yusoff dari Perbadanan Produktiviti Malaysia, Professor Madya Dr. Firdausi Suffian dan Dr. Sarmila Udin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabah.

Manakala pada hari terakhir bengkel, para peserta membentangkan mengenai teras masing-masing dan ucapan perasmian penutupan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk (KPPAN) di hotel Hilton.

Turut serta dalam bengkel tersebut, barisan pengarah setiap bahagian, Puan Diana Daria Amit (Pembangunan Organisasi), Puan Aidah Haji Awang (Perkhidmatan Awam), Encik Mohd Yassin Ibrahim (Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Encik Rozhan Zul Azri Talikop (Saraan dan Pencen), Dr. Cleopatra @ Clare Asing (Pembangunan Kapasiti), Puan Doria Tai (Kerajaan Digital), Puan Mary Paul Mijong Dagul (Khidmat Pengurusan) dan Puan Emas Sanjongan Datu Okar (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain