Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 (𝗨𝗡𝗜𝗠𝗔𝗣)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

29 NOV- Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan Program Perjumpaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 25 November 2023 lepas.

Program ini diketuai oleh Puan Emas S.Datu Okar bersama 4 orang pegawai dan Prof Madya Dr Mohd Arshad yang merupakan wakil daripada UNIMAP. Program perjumpaan ini telah melibatkan seramai 118 orang pelajar.
Pelaksanaan program ini adalah bagi memantau pelajar tajaan BKNS serta menemuduga pelajar yang berkeperluan untuk penajaan biasiswa.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain