29 NOV- Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan Program Perjumpaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 26 November 2023 lepas.
Program ini diketuai oleh Puan Emas S.Datu Okar bersama 4 orang pegawai turut serta Encik Roslee Mardan yang merupakan Penasihat Kelab Chapter Sabah dan Puan Fauziah Ismail daripada bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia sebagai wakil universiti.
Pelaksanaan program ini adalah bagi memantau pelajar tajaan BKNS serta menemuduga pelajar yang berkeperluan untuk penajaan biasiswa. Program perjumpaan ini melibatkan 150 mahasiswa dan mahasiswi Sabah.
Sekian, terima kasih.


