6 DIS - Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPANS) telah berkolaborasi bersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk melaksanakan Program Jelajah MyPesara Peringkat Negeri Tahun 2023 bertempat di hotel Lè Meridièn.
Objektif program tersebut adalah untuk mendekati bakal pesara-pesara disamping menjadikan program ini sebagai platform perkongsian maklumat berkaitan keusahawanan, kaedah memulakan dan mengendalikan perniagaan serta pemasaran perniagaan yang efektif.
Program ini telah dihadiri seramai 205 orang bakal pesara daripada Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.
Program juga telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrim bin Hussin, Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Turut hadir sebagai peserta program ini ialah Dr. Hajah Normah Yusop, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Encik Augustine Tuuga, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Puan Celestina Aron, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Sementara itu, pihak urus setia bersama Pengarah JPA, Malaysia turut menziarah ke Kampung Kionsom, Jalan Kionsom, Inanam, bagi menziarahi pesara di kampung tersebut.
Sekian, terima kasih.


