Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗥𝗲𝘁𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟯

11 DIS - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah menganjurkan Program Retreat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1/2023 yang berlangsung selama 2 hari pada 9 dan 10 Disember 2023 bertempat di Kinabalu Park, Kundasang.

Program ini merupakan aktiviti tahunan di bawah Program Pembangunan Kakitangan JPAN di mana kakitangan didedahkan kepada pelbagai cabaran fizikal dan mental bagi meningkatkan motivasi kerja, memupuk esprit de corps (semangat berpasukan) serta menilai potensi dan bakat mereka.

Seramai 45 orang peserta dan 8 orang urus setia terlibat dalam pelaksanaan program ini, dan turut dihadiri oleh Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

Objektif penganjuran program adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama kakitangan dan menyuntik semangat setia kawan dan kekitaan, menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati, toleransi dan juga amalan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan serta dapat mengurangkan tekanan kerja dan mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang segar dan baharu setelah menyertai program.

Malah, program ini juga adalah untuk melibatkan kakitangan-kakitangan JPAN untuk turun berprogram bersama-sama kakitangan satu jabatan dan bagi memenuhi hasrat dan luahan kakitangan-kakitangan yang ingin berprogram santai diluar dari premis jabatan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain