Bengkel yang telah berlangsung dengan jayanya itu merupakan pengisian sempena Persidangan Pengurus Sumber Manusia (PSM) Tahun 2023 dan juga platform perkongsian serta prbincangan dasar-dasar berkenaan perkhidmatan awam negeri.
Objektif utama penganjuran bengkel yang bertempat di Ballroom 1, The Magellan Sutera Resort tersebut adalah bagi mendapatkan input daripada PSM selaku barisan hadapan pelaksanaan dasar perkhidmatan awam.
Sepanjang penganjuran bengkel bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang, para PSM telah dibahagikan kepada 13 kumpulan, setiap Kumpulan diberikan topik perbincangan khusus dengan bantuan seorang pemudahcara dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN).
Tempoh perbincangan dan kajian adalah selama 90 minit termasuklah penyediaan bahan pembentangan (power point), PSM perlu menjelaskan isu, strategi mitigasi atau penyelesaian, kesan dan impak, cabaran, jangka masa pelaksanaan dan penutup. Setiap Kumpulan diberi masa membentang selama 10 minit, termasuk sesi soal jawab.
Antara topik perbincangan ialah, pertukaran pegawai, kenaikan pangkat, menanggung kerja, elaun pertukaran, dasar pemisah, dasar dan kaedah penilaian prestasi, pengurusan sistem maklumat sumber manusia (SM2), Star Rating SM2, urusan operasi pemangkuan dan pengesahan jawatan, penilaian kompetensi (Kumpulan pengurusan dan professional), Penilaian kompetensi (Kumpulan Pelaksana), Pekerja Sambilan Harian (PSH) serta Elaun dan Kemudahan.
Sekian, terima kasih.


