Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

14 DIS – Bahagian Perkhidmatan Awam (BPA) telah menganjurkan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia pada petang 11 Disember, lepas.

Salah satu pengisian Persidangan tersebut ialah Sesi Libat Urus Kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) peringkat Negeri Sabah.

Program telah dihadiri oleh seramai 285 orang terdiri dari 130 orang Pengurus Sumber Manusia (PSM) dan 155 pegawai kanan teknikal Kementerian, Jabatan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Kajian yang diadakan bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang itu adalah sebagai susulan kepada Kajian SSPA yang diadakan pada 2 November 2023 bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia di Sabah International Covention Centre (SICC).

Ianya bertujuan untuk mendapat maklumat, input dan cadangan serta justifikasi lengkap berkenaan penambahbaikan kepada pembangunan organisasi, kemampanan sistem saraan dan pengurusan bakat serta cadangan lain berdasarkan prinsip keperluan perkhidmatan awam masa hadapan, menangani cabaran semasa dan menerapkan nilai G.R.E.A.T.

Sebanyak 417 cadangan telah direkodkan dan akan diperhalusi oleh pihak urus setia sebelum dikemukakan kepada pihak JPA.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain