10 JAN - Kelab Alumni Pengajian Tinggi Indonesia (KAPTI) Sabah telah mengadakan kunjungan hormat YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 14, Blok A, Menara Kinabalu pagi kelmarin (Selasa).
Kunjungan diketuai oleh Tuan Ir. Zulkifli Usop, Pengerusi KAPTI bersama enam ahli kelab yang lain.
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri serta pegawai dari BKNS.
YBhg. Datuk KPPAN turut menerima kunjungan dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SESB di pejabatnya sejurus selepas itu.
Sekian, terima kasih.
Foto & laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


