19 JAN - Majlis Apresiasi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri telah diadakan di Bilik Kuliah JPANS, Aras 12, Menara Kinabalu pagi kelmarin (Khamis).
Majlis dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri; Puan Hajah Junaidah Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan (Pengurusan) dan pengarah-pengarah bahagian serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Majlis ini juga diadakan bagi menghargai jasa mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Puan Josie Lai dan mantan pengarah-pengarah yang telah menyumbang jasa dan bakti sepanjang bertugas di JPAN. Antara mantan pengarah yang turut hadir ialah Puan Diana Daria Amit, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Tuan Masawi Haji Salleh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat (GnK) dan Tuan Mohd Yassin Ibrahim, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN).
Puan Josie Lai kini menjawat sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Manakala, Puan Diana dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Tuan Masawi kini sebagai Pegawai Daerah Putatan.
Pada majlis itu juga turut diadakan majlis persaraan mantan Pengarah INSAN, Tuan Yasin Ibrahim.
Sekian, terima kasih.
Foto & laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


