Kandungan sedang dimuatkan...

𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗺𝟮𝗰𝗮𝗿𝗲 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮/𝗜 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 - 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 (𝗨𝗠𝗦𝗞𝗔𝗟)

29 JAN - Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan bantuan pendidikan dalam Program Wam2care bersama Mahasiswa/I Universiti Malaysia Sabah Kampus - Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Program anjuran Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ini telah berlangsung pada 27 Januari 2024 bermula sekitar 9 pagi hingga 12 tengahari dan melibatkan 2 wakil pegawai dari Bahagian BKNS serta dihadiri seramai 100 orang pelajar dari Sabah yang menuntut di UMSKAL.

Turut hadir dalam program ini adalah perwakilan dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang juga turut memberikan taklimat.

Program ini telah dirasmikan oleh Yb Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap exco pendidikan dan exco agama.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain