30 JAN – Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod yang berlangsung selama 2 hari pada 22 dan 23 Januari lepas.
Bertempat di Bilik Kuliah INSAN, Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS, objektif penganjuran kursus ini adalah para peserta mendapat manfaat dalam pengetahuan berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod yang sistematik membolehkan maklumat terkandung dikawal selia serta dicapai dengan cepat dan tepat selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa bagi memastikan maklumat rasmi organisasi adalah terpelihara.
Kebaikan kursus ini adalah untuk memastikan para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam penyediaan klasifikasi Rekod Urusan Am (housekeeping) dan Rekod Fungsian, meningkatkan Kemahiran dalam tatacara pengurusan rekod dan dokumen yang sistematik serta dapat memantapkan Kemahiran dalam tatacara penggunaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) bagi pelaksanaan rekod yang lebih berkesan dan teratur.
Kursus ini turut melibatkan seramai 58 orang peserta termasuk 7 peserta Kumpulan Pelaksana 1 (Gred 29-40), dan 51 peserta Kumpulan Pelaksana 2 (Gred 1-28) dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Puan Sabarinah Hj.Matnin dan Puan Nur Faezzah Ismail dari Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.


