Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 & 𝗦𝗰𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝘆 (𝗠𝗦𝗨) 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲 𝗝𝗣𝗔𝗡𝗦

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

30 JAN - Management & Science University (MSU) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Smart Library, Aras 14, Blok A, Menara Kinabalu petang kelmarin (Isnin).

Kunjungan diketuai oleh Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU bersama Prof. Puan Sri Datuk Dr. Junainah Abd Hamid, Naib Canselor MSU dan kakitangan MSU.

Turut hadir, Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri; Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam; Puan Doria Tai Yun Tyng, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital; Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmatan Pengurusan.

Sekian, terima kasih.

Foto & laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain